Me’nate Stick

Sebaik saja cadangan untuk adakan persidangan di Port Dickson 2 tahun yang lalu, saya telah memasang azam untuk cuba makan di restoran ini. Saya hendak rasa bagaimana tukang masak ratu elizabeth menggunakan resepinya utk buat stik yang saya bayangkan sangat sedap.

Akhirnya, saya dapat juga makan direstoran ini. Pada mulanya saya cadang hendak cuba di restoran cawangan Ampang, tapi terpaksa dibatalkan kerana saya tak suka jalan yang terlalu sesak. Jadi saya pilih cawangan Shah Alam.

Saya percaya rasanya mesti sama walau dicawangan mana sekali pun.

Diatas adalah resit hasil dari menu yang saya order. Sengaja saya letakkan resit disini sebagai kenang-kenangan kerana saya dah memutuskan untuk tidak repeat makan di restoran ini. Ini kerana, saya merasakan daging stik yang nampak menggiurkan tidak lah sesedap berbanding yang pernah saya makan dirumah.

Dari jenis wangyu, angus, lamb rasanya biasa sahaja. Saya cuba fikir adalah kedai me’nate yang saya sedang makan ini original ataupun tidak. Tapi walaubagaimanapun saya bersyukur kerana dapat cuba makan disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *