Persidangan

Hari ini saya berpeluang menjadi AJK teknikal untuk sebuah persidangan yang dianjurkan oleh PPK Mikro E UniMAP.

Sebagai seorang yang belum fit untuk dunia akademik, saya rasa teruja. Ada benda baru yang saya telah belajar. Iaitu mengawal sebuah laptop dengan perisian windows terbaru, guna laser pointer , mengawal diri ketika berlakunya beberapa kesilapan kecil.

Selain itu, saya perhatikan seorang ahli akademik mempunyai ciri tersendiri. Ianya adalah mesti berkot, tak perlu tali leher dan kasut mesti berbucu tajam.

Saya sebagai seorang bekas jurutera pengajar, tidak biasa dengan situasi ini. Sehingga sekarang, saya masih pakai kasut jenama hush puppies yang saya terima dari hantaran perkahwinan isteri saya. Mujur hanya perut saya yang membesar dan kaki saya masih slim maka kasut itu masih saya pakai sehingga sekarang. Saya juga terlupa hendak pakai stokin. Sebenarnya bukan terlupa, tapi perkataan stokin sudah lama tak keluar dalam fikiran saya.

Sekiranya anda ingin terlibat dalam dunia akademik, “Dr” adalah gelaran minimum. Dimana saja anda berdiri, anda akan disapa sebagai “Dr”. Seperti saya yang masih belum tamat belajar, digelar “Dr” membuatkan saya dalam keadaan kesipuan.

Gambar ketika saya bertugas jaga laptop utk pergerakan slide. Saya rasa kena belajar membiasakan diri dengan dunia akademik selaras dengan pengajian PhD saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *